Tuesday, 1 May 2012
untuk PARA PEREMPUAN ... -Andainya perempuan tahu.. Apabila seorang lelaki jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi perempuan itu adalah segalanya di hatinya. -Andainya perempuan tahu.. Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai perempuan itu. -Andainya perempuan tahu.. Apabila seorang lelaki marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi perempuan itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. -Andainya perempuan tahu.. Apabila lelaki bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu perempuan mengenalinya dengan lebih dekat.....♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment